Bantuan  ❯
Logo Dermags Skincare
BELI SEKARANG

Soalan lazim berkenaan
produk Dermags

Adakah Dermags berdaftar dengan KKM?

Sudah tentu. Ia adalah syarat wajib undang². Untuk pengesahan, layari laman web KKM dan lakukan carian Dermags untuk maklumat nombor pendaftaran produk (NOT).

Adakah Dermags mempunyai sijil halal Jakim?

Semua produk Dermags mendapat perakuan sijil halal yang sah oleh Jakim Malaysia bernombor siri JAKIM.700-2/3/3116-07/2019. Anda lakukan carian di laman web Jakim untuk pengesahan lebih lanjut.

Wanita mengandung boleh gunakan Dermags?

Wanita mengandung boleh menggunakan Dermags. Bahan² yang digunakan pada Dermags adalah sangat selamat dan tidak memberi sebarang kesan pada kandungan.

Doktor... Apa beza Alpha-Mags dengan produk² yang terus memasukkan (suntik/sapu/makan) kolagen pada kulit ye?

Alpha-Mags ni seperti 'precursor' untuk membantu sel fibroblast merangsang lebih banyak kolagen dalam badan kita. Alpha mags sendiri bukanlah collagen tetapi ianya membantu sel fibroblast menghasilkan lebih banyak 'original collagen' dalam badan kita. Kolagen yg ada di pasaran kebanyakannya adalah 'synthetic collagen' bukan 'original collagen' kerana dihasilkan daripada bahan² lain seperti haiwan & tumbuhan.

Berbeza dengan kolagen yang dihasilkan sendiri dalam badan kita (original collagen). Badan kita mempunyai tahap kepekaan yang sangat tinggi iaitu mampu menghasilkan kolagen secukupnya sekiranya dirangsang secara betul seperti pengambilan sumber makanan yang mampu meningkat keupayaan tubuh menghasilkan sendiri 'original collagen'. Alpha-Mags merupakan satu alternatif membantu rangsangan penghasilan kolagen melalui topikal application (kulit).

Jenis kulit yang bagaimana sesuai untuk guna Dermags?

Semua jenis kulit sesuai menggunakan Dermags. Jika ada kemusykilan, boleh klik pada butang bantuan untuk dapatkan konsultansi.

Semua produk Dermags dikilangkan dimana?

Untuk menjaga formulasi dan kualiti bahan yang digunakan, semua produk Dermags dikilangkan melalui kilang kita sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga. Kilang Dermags terletak di UTM-MTDC Technovation Park, UTM Skudai. Ianya bertaraf GMP dan mempunyai sijil halal.

Berapa harga rangkaian produk Dermags?

Harga produk Dermags bermula daripada RM64.90 sehingga RM174.90, untuk trial set pula bermula dari RM155.90 sehingga RM185.90. Untuk info lanjut berkenaan senarai harga produk Dermags, boleh klik pada bahagian Katalog Dermags.

Kulit saya jenis berminyak, adakah sesuai untuk menggunakan Dermags?

Sudah tentu. Kami sarankan pada bulan pertama penggunaan tidak perlu memakai Dermags Intensive Refining Cream.

Saya ada masalah Jeragat, produk Dermags yang mana sesuai untk digunakan?

Semua produk Dermags sangat sesuai untuk merawat jeragat. Untuk permulaan boleh menggunakan Cleanser, Serum dan Moisturiser. Setelah itu, boleh gunakan semua produk Dermags untuk melengkapi rawatan untuk masalah jeragat anda.

Adakah Dermags menggunakan bahan semulajadi/natural?

Semua produk Dermags menggunakan bahan semulajadi/natural kecuali Refining Cream, BB Cushion dan Translucent Powder tidak natural disebabkan mengandungi bahan untuk melindungi kulit dari sinaran UV iaitu SPF.

Berapa lama untuk mendapatkan kesan selepas menggunakan produk Dermags?

Bergantung pada sejarah terdahulu kulit anda dan juga keadaan kulit anda yang terkini. Kebiasaanya adalah 1-3 bulan. Ada juga pengguna yang dapat lihat perubahan pada kulit seawal 7 hari. KLIK SINI » untuk lihat testimoni kesan penggunaan Dermags.

Pemakaian produk Dermags boleh tahan berapa lama?

Untuk produk bersaiz standard, boleh tahan 2-4 bulan penggunaan. Manakala trial set boleh tahan sebulan kecuali penggunaan Cleanser, ia hanya bertahan 2 minggu sahaja.

Assalam Doktor. Saya memang tak boleh nak stop guna produk² berkimia. Nanti muka akan keluar jerawat dan jeragat yang teruk. Saya dah terjebak dengan produk berkimia mula umur 20 tahun hingga sekarang (Umur saya dah 42 tahun). 

Saya pernah nak cuba product yang tanpa bahan kimia tapi muka jadi lebih teruk penuh jerawat dan berjeragat. Saya tak sanggup tengok muka saya macamtu. Jadi saya teruskan produk berkimia lagi. Sekarang, saya mula slow-slow tolak tepi produk² berkimia (memang muka tak secantik pakai full set produk berkimia) tetapi saya memang berazam taknak lagi pakai produk² berkimia. 

Sekarang boleh dikatakan ok, berbanding yang dulu saya pernah stop semua produk kimia menjadi teruk. Apa cadangan Doktor?

Bagi saya, kes seperti ni kena ada 'BIG WHY' untuk berubah. Lambat atau cepat berkesan satu² produk bukanlah isunya. Paling penting kena berusaha dan cekal untuk berhenti dari terus menggunakan produk merbahaya. 

Sudah pasti, muka akan jadi teruk selepas berhenti produk berkimia. Tapi InshaAllah, kulit akan jadi lebih sihat. Memang akan ambil masa. Saya nasihatkan, kalau serius nak guna produk Dermags, berhenti 100% guna produk yang lama. Jangan sesekali bercampur dengan product macam tu. 

Itu nasihat saya untuk kulit wajah kita sihat sampai ke tua. Tapi terpulang pada anda.. Tepuk dada tanya diri. Saya doakan anda kekal istiqamah ❤️

Dermags ada keluarkan Sunblock / Suncreen?

Sinar UV ada 3 jenis UVA, UVB, UVC. Mengikut jarak gelombang, hanya UVA & UVB sahaja yang sampai ke bumi. SPF50 untuk melindungi UVB manakala PA+++ untuk melindungi UVA. Ada 2 produk Dermags yang mampu melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.

(1) Refining Cream. Dalam bentuk cream. Boleh melindungi kulit dari sinar UVB dan ianya mempunyai SPF50.
(2) BB Cushion. Dalam bentuk 'liquid foundation'. Boleh melindungi secara menyeluruh sinar UVB dan UVA dan ianya mempunyai SPF50+++

Dermags ada bahan kimia yang bahaya?

Formulasi Doktor Mariani tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya seperti SLS, merkuri, hydroquinone, tretinoin & betamethasone 17-valerate, Diphenhydramine, Cloramphenicol, Sulfamethoxazole, Trimethoprim, ketoconaze dan lain kimia terlarang yang boleh membahayakan kulit.

Adakah kulit sensitif sesuai untuk menggunakan Dermags? 

Jika kulit anda jenis sensitif, produk Dermags boleh digunakan. Terdapat pengguna yang berkulit sensitif berjaya dirawat dengan menggunakan rangkaian produk Dermags. Tetapi hendaklah difahami, ianya bergantung kepada tindak balas kulit individu disebabkan setiap kulit adalah sangat berbeza.

Bolehkah saya menggunakan produk Dermags bersama produk² yang lain?

Jika produk yang ingin digunakan bersama produk Dermags adalah semulajadi tanpa bahan kimia yang bahaya tiada masalah cuma tidak digalakkan.  Jika produk yang ingin digunakan bersama mengandungi bahan kimia, tidak disarankan dan perlu ditinggalkan untuk mendapatkan kesan yang maksima dalam merawat masalah kulit.

Produk mana yang perlu digunakan untuk penggunaan kali pertama?

Sila rujuk saranan di bawah:

(1) Jenis kulit terlalu berminyak gunakan Cleanser, Softener, Serum dan Refining Cream atau gunakan Trial set A.
(2) Jenis kulit terlalu kering gunakan Cleanser, Serum, Moisturiser dan Refining Cream atau gunakan Trial set B.
(3) Jenis kulit normal/kombinasi gunakan Cleanser, Softener, Serum, Moisturiser dan Refining Cream atau gunakan Trial set C.

Jika saya sedang menggunakan produk lain yang mengandungi bahan kimia dan ingin bertukar kepada Produk Dermags, adakah saya boleh terus menggunakan Produk Dermags?

Kami tidak sarankan untuk terus menggunakan Dermags. Sebaiknya berikan tempoh bertenang pada kulit anda selama 2 minggu ke sebulan.

Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh bertenang?

Tempoh bertenang adalah satu proses dimana anda tidak menggunakan sebarang produk dalam tempoh 2 minggu ke sebulan untuk 'membebaskan' kulit anda daripada kimia² berbahaya. Dalam tempoh ini hanya cleanser Dermags sahaja yang dibolehkan. Selepas tempoh bertenang, barulah menggunakan ke semua produk Dermags. 

Adakah sesuai pengguna lelaki untuk menggunakan rangkaian produk Dermags?

Sudah tentu! Untuk makluman, ramai juga pengguna Dermags dari kalangan lelaki. Lazimnya, kami sarankan pengguna lelaki untuk menggunakan Cleanser, Softener, Serum dan Moisturiser.

Bolehkah Dermags digunakan oleh anak perempuan saya berumur 12 tahun yang mempunyai masalah banyak jerawat?

Boleh. Untuk 17 tahun ke bawah. kulit sangat muda lagi. Disarankan untuk menggunakan Cleanser sahaja. Jerawat kecut dengan cleanser.

Kulit saya jadi berminyak sedikit setelah menggunakan BB Cushion. Bila saya dalam ofice ok sebab ada aircond. Tapi, bila diluar muka nampak berminyak sedikit. Apa yang perlu saya buat?

Sebenarnya yang itu kesan 'glowing'. Tidak terlalu berminyak. Untuk selesaikan masalah ni mudah. Sapukan Dermags Translucent LoosePowder selepas guna bb cushion. Kesan glowing (nampak berminyak) tadi akan menjadi 'matte' (nampak neautral/less oily).

Doktor.. 4 bulan lepas, saya buat radioterapi. Kulit muka terbakar dan sekarang tumbuh jerawat. Kadang² gatal. Produk Dermags boleh membantu ke?

Berdasarkan masalah yang dihadapi, InshaaAllah Dermags dapat membantu. Boleh cuba trial pack dulu. Kulit manusia berbeza², jadi kalau nak tahu sesuai atau tidak, kena cuba pek percubaan. Nama pun pek percubaan 😅

Kalau dalam proses penggunaan skincare ni boleh make up tak?

Sudah tentu boleh 😊

Saya mempunyai masalah parut berlubang pada kulit, adakah Dermags membantu?

Biasanya kalau parut gelap, InshaaAllah cepat sembuh. Parut berlubang ambil masa sikit. InshaaAllah Dermags boleh bantu.

Kenapa saya perlu menggunakan Dermags BB Cushion?

Dermags BB Cushion bukan sahaja bedak asas yang menutup cela di wajah malahan ianya akan memberi perlindungan maksimum terhadap UV. Disamping itu merawat serta memulihkan kembali kesihatan kulit anda dengan mencerah dan mencegah kulit dari penuaan akibat photo-aging.

Kombinasi "skincare" dan solekan pada bedak kompak berspan Dermags BB Cushion mampu mengekalkan kelembapan serta bertindak sebagai agen anti penuaan disamping memberi perlindungan bahagian luar kulit wajah dengan kandungan SPF 50 PA +++

Apakah kebaikan Dermags BB Cushion berbanding bedak asas yang lain (foundation) seperti BB cream atau CC Cream biasa?

Sudah pasti Dermags BB Cushion jauh lebih ringan berbanding BB cream atau CC Cream biasa. Tekstur pada Dermags BB Cushion menjadikan sapuan lebih sekata. Walaupun sapuan berulang kali, wajah tak bercapuk dan nampak lebih asli!

Tidakkah span menjadi kotor jika kita sapu di wajah kemudian celup semula ke bekas BB Cushion secara berulang kali?

Span biru yang digunakan pada BB Cushion dihasilkan dengan teknologi 'rubycell' menjadikan ia 'antimicrobial' dan 'antibacterial'. Ini menjadikan 100% serapan cairan BB Cushion Dermags dapat dipindah ke permukaan kulit muka semasa digunakan. Bekas BB Cushion Dermags adalah kedap udara menjadikan kurang risiko pembiakan kuman. Anda juga boleh mencuci span BB Cushion dengan menggunakan air suam dan bahan pencuci yang lembut.

chevron-right
error: